Thursday, 13 June 2013

why..why..why..??



Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah masih berkesempatan lagi untuk update latest story pasal misslurvely setelah lama mendiamkan diri....actually mendiamkan diri kat laman nie jer ...huhuhuhu
                                    
First of all nak tawu la ape khabar readers semua...?hopefully semua dalam keadaan baik-baik jer...apa yang miss lurvely nak kongsikan dengan korang semua hari xde la ape sangat pun just nak share my feel....

Pernah tak terjadi kat korang bila  dah  clash  ngan someone wajah that person masih korang terbayang..??ape korang rasa  and fikir bila this situation jadi kat korang....macam serabut jerk an...ermm actually this situation really happen to me...bayangkan dah setahun berlalu tp mesti termimpikan si dia lagi...dalam sebulan ada la jugak dalam sekali dua...bila miss lurvely share dengan kengkawan macam-macam yang diarang katakana...itu la ini la...

Si A  :alaa rleksla mimpi tu kan mainan tidur je..
Si B : orang tua-tua cakap kalau dah slalu sangat tue maknanya ada jodoh la....
Si C : tu semua dugaan untuk ko...Allah nak uji ko mampu ke x kau sabar dan tabah hadapi duagaan

Hurrmmmm macam tu la respon kengkawan semua....bagi korang ape yang korang boleh bagi pendapat on this situation...

Ok la rasanya dah xder kot yang nak share untuk kali ni...just this...
The...end..  

Sunday, 17 February 2013

REUNION SKAP


REUNION SKAP

 Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah hari ni miss lurvely berkesempatan lagi mengupdate story kat laman ni..cuti seminggu x sempat plak nak update...al maklumlah nama pun cuti kan..kaki ni asyik nak merayap ja..huhuhu...

Ermmm...13.02.2013 miss lurvely dengan rakan-rakan sekolah rendah telah menghadiri 1 majlis reunion yang bertempat di KFC PENDANG...event x semua hadir tapi miss lurvely masih bersyukur sebab ada yang sanggup meluangkan masa bersama...Actually dah hampir 8 tahun kami tidak bertemu even ada yang satu kampong ja..tp normal lah kan sebab masing2 dah dengan kerjaya tersendiri...ada yang masih belajar malah ada juga yang sudah bekerja..so susahlah nak jumpa sebab masing2 cuti x sama..
Pada mulanya semuanya segan2 nak bersembang al maklumlah dah lama x berjumpa kan...tp bila dah start susah la plak nak berhenti..huhu..rancak ja bersembang...KFC tu macam kami yang punya...hahaha...kami berkongsi pengalaman sedikit sebanyak...semuanya dah lain...kalau zaman sekolah dulu semua belemoih ja...la ni semua nampak cantik dan kemas...yang perempuan nampak cun melecun yang laki Nampak handsome...hahahah...

Jom scroll down sat kita tengok gambar 12 tahun dahulu (2002)


 dengan sekarang (2013 time reunion)...



haaa tudiaa gambar yang depan sekali gambar orang kaya termuda...makan semua dia sponsor...tima kasih daun keladi lain kali sponsor lagi noh...hehehehe





Okeyh rasanya sampai sini saja kot..dah penat la jari jemari ni menaip...hehehe...harap-harap nanti berkesempatan lagi buat reunion macam ni dan semoga lebih ramai yang dapat hadirkan diri..by the way good luck dear friends in whatever u do..

Monday, 4 February 2013

TRIP YANG MENAKUTKAN DAN MENYEDIHKAN


Bismillahirahmanirahim.....

Hye uuooolllsss....apa cer ek arini??
Today nak cerita experience ikut trip fakulti ke Kuala Lumpur...trip yang diadakan ni sempena meraikan student yang bejaya memperoleh CGPA 3.0 and above....alhamdulillah walaupun cukup-cukup makan miss lurvely diberi peluang join trip tu..kami pergi dengan sebuah bas...yang sedihnya dalam bas tu ada 3 orang jer part 3 yang lain semua part 4 (means that kami ni macam xder gang la)...tp xpe pape hal pun tu semua experience..best jer rasa bila bas dah mula bergerak...Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik...cumanya di pertengahan trip ada beberapa kejadian yang menimpa miss lurvely....sedih sangat....kalau korang semua nak tahu apa dah terjadi jom usya story ni sampai habis....

Ok bila tibanya kat KL kami diberi masa untuk solat dan makan kat sebuah shopping complex ni...semasa kat situ Alhamdulillah semuanya ok2 ja...then kami mulakan program kami yang first dekat sebuah bilik seminar di RAPID KL...di situ kami mendapat penerangan mengenai projek yang sedang dijalankan oleh syarikat mereka...mereka menjalankan projek MRT(Mass Rail Transit) dimana seperti LRT functionnya...tp ada kelebihan sedikit la tentang MRT ni...lebih laju dan cepat...dan dekat certain tempat ia akan lalu terowong bawah tanah..menarik kan...miss lurvely sangat teruja dengan projek yang mereka sedang jalankan...lecture kami mintak untuk turun ke site untuk sesi lawatan sambil belajar..tp kami tidak dibenarkan kerana bimbang akan mengganggu kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan...sedikit kecewa di situ..tp apa pun kami sangat berterima kasih kerana sudi melayan kami dan memberi pendedahan  sedikit sebanyak tentang projek yang mereka jalankan...selesai sesi ceramah...macam biasalah sudah menjadi adat bila ada tetamu mesti disediakan makanan..maki dijemput untuk menjamu selera..Tapi sebelum itu miss lurvely ke tandas dengan 2 orang kawan...seorang lagi dah keluar dulu..maka tinggallah berdua..kami berdua masuk toilet bersebelahan...(tp mmg ada 2 jer pun)..selesai melepaskan hajat miss lurvely cuba buka kunci tandas tu...jeng3...x boleh kot...mau gelabah biawak miss lurvely...dah la x bawak fon beg tinggal kat luar..miss lurvely minx tolong kawan miss lurvely yang kat toilet sebelah tu...dia cakap sabar dan tunggu jap sebab dia sakit perut...miss lurvely jadi x keruan sangat...cuba tendang pintu tu pun still x boleh nak buka..5 minit selepas itu mujur kawan miss lurvely yang lagi sorang masuk toilet dan bertanya kenapa lambat sangat...fuh miss lurvely minx tolong dy bukakan..still x boleh..nak x nak pihak syarikat terpaksa panggil technician diorang sendiri...malu siot ...xtaw nak letak muka kat mana...rasa takut gila-gila...baru sampai tempat pertama dah diuji macam tu..Alhamdulillah 10 minit lepas tu pintu tu Berjaya dibuka...tombol pintu tu dipercayai rosak...aduh memang ujian nak kena kat diri miss lurvely jugak...kan bila dah keluar jadi bahan gelak tawa...kurang asam betul...tebal jer muka kan....

 
Ok next kami ke ICT...main-main, ambil gambar...kami diberi masa sendiri untuk enjoy trip tu...After that kami ke tempat penginapan...kalau x salah miss lurvely nama tempatnya Wisma Negeri kot...tempat tu macam hotel...tp xder la sehebat hotel 5 bintang...macam hotel bajet yang slalu trip student menginap jer...x kisah la janji dapat tidur..lagipun semalam jer..satu bilik 3 orang..Alhamdulillah la sebab kami memang bertiga pun..kami diserahkan kunci bilik masing-masing..masa otw nak tunggu lift tu dah rasa seram kot sebab lampu koridor berkelip-kelip...yela lagipun lift tu boleh muat 6 – 8 orang jer...kami dah la ramai...pastu kami ni dapat tingkat 3...bila dah dapat buka pintu bilik semua excited berebut katil..(normal la tu kan)..then bila tekan jer suis lamp uterus meletup dan terkeluar percikan api..kami bertiga turun buat report kat kaunter ..then ada technician yang pergi betulkan lampu...bila technician tu cek semua aircond plak macam x function sangat...dia suruh kami turun tukar bilik...pada masa tu miss lurvely dah x sedap hati...yela orang tua2 cakap jangan banyak tukar2..lagipun miss lurvely takut kami dapt aras yang mana x dak langsung student yang satu trip dengan kami..so kami ambil keputusan untuk stay jer kat bilik tu..

Memandangkan semua dah penat..kami pun nak tidur la...tp biasalah bila bertukar tempat tidur ni susah sikit nak lelapnya..miss lurvely hobinya kalau x boleh tidur suka berangan smbil pejam mata..tu terapi terbaik untuk tidurkan diri...yang sorang lagi dah tidur dah..manakala yang sorang lagi tengah main game fon..tiba-tiba pintu bilik kami terbuka dengan sendirinya...padahal sebelum tidur memang kami dah pastikan yang pintu bilik tu dah dikunci..apa lagi terkejut la kami bertiga...then kami saja nak testing kuncinya mana la tahu memang rosak ke kan...so sorang kat dalam kunci pintu...miss lurvely dengan sorang lagi kawan kat luar...kami berdua cuba tendang pintu tu sekuat munhkin tp x boleh...pelik kan...tiba-tiba pintu tu terbuka...yang pasti masa kejadian tu miss lurvely betul-betul menghadap pintu tp x Nampak pun tanda-tanda kelibat orang lalu lalang..aras tu semua student yang ikut trip kami..memang perasan cuak tu ada la...takut sangat...bila malam plak kami semua x dapat tidur dengan nyenyak fikirkan kejadian tu...tiba-terdengar plak bunyi orang mandi kat toilet..Ya ALLAh...sangat seram...hanya menunggu waktu pagi cepat muncul...supaya semuanya dapat berakhir dengan segera..keesokkan paginya masa semua orang dah naik bas kami ada bertanyakan budak-budak laki yang satu aras dengan kami...sebab aras kami bilik kami ja perempuan yang lain semua laki..diorang siap bersumpah-sumpah lagi cakap x buat..aduh serabut betul fikir tentang kejadian tu..nasib baik semalam jer...

Setelah selesai semuanya kami pergi ke Alamanda untuk shopping...tp apa la sangat yang kami nak shopping kan..so kami masuk panggung wayang...after that kami bertolak pulang ke UITM SERI ISKANDAR...memandangkan waktu maghrib dah hampir habis so kami berhenti di RNR TAPAH..miss lurvely berlari-lari masuk toilet sebab sakit perut sangat...tanpa fikir apa-apa..miss lurvely letak fon kat tempat letak barang dalam toilet tu..memang selalu letak situ pun kalau singgah mana-mana RNR...then masa keluar terlupa nak ambil font u...dah jalan ke depan baru teringat...bila patah balik fon  tu dah hilang...masa tu memang x ramai pun orang kat toilet..yang ada cleaner...miss lurvely tnya cleaner india tu...dy cakap dy x cuci sebelah tempat miss lurvely masuk tu..dy tolong miss lurvely kol font u...dah dimatikan dah...cepat betul...indian tu cuba panggil cleaner yang sorang lagi dan tanya.. dia cakap x Nampak..tp mika dia Nampak cuak..miss lurvely cuba cari lagi...x jumpa jugak..then miss lurvely tnya lagi kat cleaner indon...dia macam takut-takut siap sumpah demi Allah lagi cakap dia x ambil...nothing to do again...redha jer la dengan kehilangan fon tu...dah la baru beli calar pun x lg...siap ada waranti lagi..sedeyh sangat semua gambar kenangan g trip pun ada dalam tu...rindu sangat fon Samsung corby tu...
Hurmmm.....apa pun mungkin setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya...selapas ni miss lurvely akan lebih berhati-hati...